Thursday, July 22, 2010

nothing..

today is my very bad day. i've very tired day. ouh! im feel so bad. like got a fever, huhuhu. so, i've nothing to post only to show my second model! huhuhu~(tak bersemangat) enjoy! dave.draw.duck





hahhaa..so, bergaya x?, hahha. maybe u all tak nampak lagi mana hebatnya model nih. tak pe, see you later. bubye! dave.draw.duck

Wednesday, July 21, 2010

dewan.. oh! dewan..

fuhh.. kahwim bukan sebarang kerja atau bukan sejenis permainan yg dijual dikedai-kedai berhampiran rumah anda, akan tetapi perhubungan antara dua insan yg disusuli dua keluarga dan majlis yang sempurna berlandaskan agama. fuuuh~ dah macam ustaz kat TV9 pon ada, hahaha. saya dave melaporkan dari tv9. hahahahahahah=D dave.draw duck

apa sebenarnya cerita pasal dewan ni?, dari post-post yg lepas dok ckp pasal dewan. hehe. haaaa.. mai sini dave nk habaq kat u all. thanks god sbb memudahkan segala urusan dave hari ni. hari ini dave dapat SMS daripada ayah dave tentang dewan UTM, dewan yg bakal berlangsung majlis kahwin dave nanti. dave amat hepi bila terima SMS tu sbb ayah dave dapat detail utk dewan tu dan ayah dave dah booking! yaaaahhho!! (hepi terlampau walaupun penat berkerja). so, meh tgk detail tuh. dave.draw.duck

detail utk dewan UTM :

a) sewa dewan : rm1120
b) kerusi bankuet : rm4/satu
c) kerusi plastik : rm0.50/satu
d) meja bulat utk 8/10 org : rm5/satu
e) sette : 100
f) red karpet : rm200/gulung


haaa..ya tuan2 dan puan2. tu je la ye yang diorang sediakan. tu pun dah cukup baik dapat sewa. hehehe. dave amat senang hati setelah terima berita tentang dewan UTM hari ni walaupun penat terlamapu hari ni. dave bukan apa, banyak kerja dan banyak benda kena pikir. tu yg penat satu badan. ish3. hhahahaha (merungut nampak encik dave??) =p dave.draw.duck

erm.. dave penat sangat malam ni, ptg tadi sampai je rumah terus tidur dengan baju kerja, penat sangat. tadi bangun pon dah lewat, dalam pukul 10 lebih. huhuuh. terpaksa la buat apa yg yg patut. hehe. dan sekarang walaupun tak ngantuk, tapi badan still rasa letih. huhuh apakan daya,kerja tetap kerja. hahaha. ni je utk post kali ni, bye! dave.draw.duck

p/s: nexy post dave akan citer tentang dewan UIA pulak. dave akan dapaykan juga dewan UIA tu!!!! may god help me! but dave hepi. badan penat. rindu temanwanita! =D

Tuesday, July 20, 2010

sayu isnin pagi . . .resah malam selasa [19hb julai 2010]

SUARA HATIKU UNTUK SIDIA

luar jendela ku memandang suram,
hujan renyai turun ke bumi,
tubuh dingin berwajah kelam,
semakin hiba terasa dihati,

menunggu daku semakin derita,
rindu dan resah akan si dia,
namun jarak tetap mendera,
biarpun hati kuat meronta,

disana sedih disini resah,
dia merindu daku teringat,
namun terpaksa melawan gelisah,
kerana dua insan belum terikat.

(dave, 19hb julai 2010)


jam di tangan menunjukan 1224pm, diluar masih hujan renyai. tubuh berbekalkan kemeja-t terasa kedinginan angin luar. bercampur angin pengahawa dingin, dave menggeletar kecil sambil menggosok-gosok tubuhnya sebagai satu tindak balas penghabaan kepada tubuhnya. "tut..tuttt" bunyi kedengaran telefon bimbitn dave menerima mesej. dave segera mencapainya dan segera melihat daripada siapa mesej itu. "wah! dari june!" hati dave berbunyi gembira=) dave segera membuka mesej tersebut. "pls call me", itulah mesej yg diterima dave. dave.draw.duck

dave segera meninggalkan kerusinya, dan terus menuju dihujung bilik pejabatnya. dave mencari ruang sunyi. dave segera menghubungi june, teman wanitanya. dave.draw.duck

dave : assalamualaikum, june
june : waalaikumussalam. u kat mana?
dave : i kat office. nice to hear ur voice.
june : thank you. bila u nak blk kl?
dave : i still kat office, i nak siapkan sikit je lagi kerja i. then, i balik.
june : agak2 u sampai kl pukul berapa?

(dave melihat jam tangannya menunjukkan tepat pukul 1230pm, utk menganggar masa utk tiba di kuala lumpur dari tempat kerjanya)

dave : em.... dlm pukul 1.30 i sampai kot naik LRT.
june : yeke?, bukan dari sana ke KL sejam ke?
dave : tak jugak, around 30minit je.
june : hari tu i naik dekat sejam juga nak sampai KL la.
dave : oh~ tengok jugak, kadang2 tak jugak.

(perbualan mereka terhenti seketika. june dan dave tidak berbicara. mereka saling ternanti-nanti ucapan daripada mulut pasangan mereka.)

tiba-tiba..

june : huhuhuhuhuhu.. (kedengaran june menangis kecil)
dave : june dear, ehy u nangis nih? tut......

talian mereka terputus. dave terpaku dan seakan-akan bersalah. dave segera menghubungi june kembali. namun, gagal kerana kehabisan kredit. kreditnya hanya tinggal 1 sen sahaja. "argh! kenapa habis kredit time macam ni?, kenapa june nangis?, aku ada tersalah cakap?, atau aku ada buat silap? argh!!!". dave bingung, fikirannya bercelaru. dave segera menaip mesej yg terakhir utk temanwanitanya. "june, why u nangis?. i ada buat salah?, sorry. huhuhu". dave semakin sedih. dave.draw.duck

jam tepat pukul 0627pm. dave baru membuka matanya setelah terlelap, sesudah sampai dirumahnya jam 0215pm. dave bangun dan segera ke tandas dan menunaikan kewajipannya. 10minit berlalu. dave kembali ke bilik tidurnya. dia dapati tiada satu mesej pun diterima dari sesiapa. labih-lebih lagi dari june yg dave risaukan sejak kejadian tengahari tadi. dave.draw.duck

masa bergerak pantas, burung-burung kembali ke sarang. matahari berlalu pergi, selain mula bulan mula menyapa. dave masih bersedih dan bingung. dave tidak keruan. mukanya kusam dan tidak bermaya. dave risaukan june. dave rindukan june. dave berharap june selamat. dave.draw.duck


MALAM SI PERINDU

matahari dan bulan silih berganti,
burung-burung pulang ke sarang,
menahan sedih menimpa dihati,
menahan resah air mata berlinang,

menutup mata gelap mendatang,
malam nan sepi mengusik perasaan,
hatiku sedih bukan kepalang,
merindu kasih tiada batasan,

tak lelap disini bagaimana disana,
hati tak senang teringat sidia,
doaku agar kami berjumpa,
didalam mimpi bersama berjumpa.

(dave, 19hb julai 2010)

monday dan model 1

hari ini hari monday, bersamaan 19hb julai 2010. biar pon time dave tulis nih dah masuk hari selasa. dave amat boing hari ini. sebab hari ini dave tak dapat byk idea utk bisnes dave. dave rasa blurr. hari ini dave kepala dave amat bercelaru sebab dave tghpikir byk perkara. dave dah jadi sedikit biyol menyebabkan dave tulis post ini pun dah macam budak darjah3. (betol2 bosan). dave.draw.duck

hari ni dave still tak dapat nak settlekan tentang dewan. urgh! frust nyew~ huhuhu. nak menangis pun ada kot, huhuh. tadi pergi nak hantar surat kt UIA, ada ke org yg incharge dewan tu tak datag?, bila tanya org lain semua cakap entah?, staff ntah apa2. so, memang kena settlekan jugak minggu ni pasal dewan. yg UTM pulak, parent dave pergi la kat pejabat pendaftar dia dan bagi surat tu, org yg amik surat tu cakap, "erm, macam ni encik. saya baru kerja sini, so saya tak tahu apa2. kalau encik nak tahu encik datang esok aje lah. org yg incharge
tu tak datang hari ni". ade ke jawapan dia camtu! ntah pape btol la. fuuuuuuuuhhh~ dave.draw.duck

berbalik kepada cerita bisnes dave, dave baru je dapat kumpul beberapa maklumat tentang printing baju. so inilah maklumatnya :

a) buat TAG SHIRT : 10sen utk 500pcs = rm50
b) baju : rm9 utk 50pcs = rm450
c) printing : rm5 utk 50pcs = rm250
d) blok : 1 color for 1 blok = rm40

haaa.. ini macam punya harga, dan dave masih mencari lagi sehingga tamat tempoh iaitu 15hb ogos 2010. sebab 16hb ogos 2010, klu ikot plan dave dah start printing dah. may god help me! semoga semua usaha dave berhasil. dave.draw.duck

selain itu, dave baru dapat carik sorang model utk brand dave nih. selepas diuji bakat, ditapis oleh beberapa soalan, beliau diterima! so korang dah boleh tgk pic mamat nih. enjoy dulu!=D








amacam??, superb x?! haha. ni la pics yg terbaik setelah dipilih. beliau memang berbakat! bile start je running project dave ni, beliau akan diberi pengahargaan sebagai model porject ini. (pics yg ade gurl2 tu, xtermasuk ek. sebab mmg tak nak model girl) hehe. dave.draw.duck

itu sahaja dari dave dlm post nih. sekian=D TQ~

p/s: dave akan tunjukkan model yang seterusnya pada post akan dtg. do support me!

Monday, July 19, 2010

pencarian M.O.D.E.L

huyyyoo!! letih siot nak buat bisnes nih. macam2 kena pikir, pasal tu la pasal ni la. adoyai~ erm.. nak jadikan jugak cerita mlm nih, dave sebenarnya tengah cari mana2 laki utk jadi model bagi brand dave. yelah,tak lama lagi brand dave ni akan muncul kat pasaran. utk lebih menarik minat ramai, dave kena la carik model yg smart dan cool. maseh dlm pencarian dan dave akan tunujk kat korang. semoga dave berjaya! TQ~ dave.draw.duck

p/s: model ug macam mana dave akan dapat agaknya?, hahha. tunggu la korang.

masa

masa vs dave. agak2 korang sapa yg menang?, haha. confirm dave tak nak kalah. wott! wooooot! =D hehe. sebenarnya cerita pasal masa ni, dave hanya ada masa dari esok hingga 8th january 2011. but, time for what?, death?. ooh!!! tidak sama sekali. may god bless me. dave.draw.duck

tajuk masa ni, dave nak bercerita kat korang tentang kahwin. dave kalau tiada apa-apa halangan 8th january 2011 akan berkahwin dengan temanwanitanya. waaahhh!! (excited terlebih) so, dave perlu membuat beberapa persediaan seperti mana org kahwin. jom kita tengok apa yg dave kena buat. zaaaaas!!! dave.draw.duck

list yang perlu dave selesaikan dlm masa beberapa bulan ini ialah :

1st : duit
2nd : baju melayu/baju utk kenduri
3rd : dewan/kenduri
4th : hantaran
5th : cincin
6th : hadiah(ala2 bunga terlur)

haaaa.. korang semua dah nampak?, dave kena buat semua tu. agak-agak korangsempat tak dave siapkan semua??, sempat atau tidak semua terletak pada usaha dave. dave.draw.duck

1stly, berkenaan dengan duit. dave perlukan rm11,ooo utk kahwin. bukan utk fully perkahwinan tapi just utk temanwanita dave yg bakal menjadi wife dave. sayang punya pasal, no hal. hehehe. dave sekarang adala beberapa simpanan. but still not enough. so, dave kena cari duitla nampaknya. dave ada laagi 5 bulan. come on dave! dave.draw.duck

2ndly, berknaan dengan baju melayu/baju utk kenduri. utk baju melayu, dave kena siapkan 2 baju melayu. 1 utk tunang bulan 8 ni and 1 lagi utk akad nikah. baju utk tunang bulan 8 ni, dave dah tempah dan hampir siap. manakala bajju utk akad nikah nanti dave akan terima kain utk buat baju dari pihak perempuan time tunang nanti dan dave akan terus tempah. fuuuhh..~ (letih menaip sambil mengesat peluh di pipi). utk yg seterusnya, baju utk kenduri tu....... SECRET. hehehe. nanti time kenduri korang tengok la. hehe. dave.draw.duck

3rdly, berkenaan dewan/kenduri. utk pengetahuan korang semua, perkahwinan dave ini adalah simple, bukan sebab nak save or apa-apa tp hanyalah sekadar mencukupi. kami buat sekali sahaja. tiada sebelah lelaki or perempuan. itu lebih mudah. berkenaan dewan macam dave dah cerita kat post yg sebelum ni, dave akan ke UIA esok serahkan surat permohonan sewa dewan, UIA selain dewan UTM sebagai backup diuruskan oleh parent dave. =) kenduri, bab2 makanan pulak, family temanwanita dave yg uruskan. dave.draw.duck

4thly, berkenaan dengan hantaran. hantaran yang kami janjikan antara dua belah pihak, hantaran adalah 5 vs 7. dave kena buat 5 dan dave dah ready semuanya. may god bless me. kecuali, cincin tunang. dave kena beli time next month. dave kena tanya saiz jari temanwanita dave. dave.draw.duck

5thly, berkenaan engan cincin. mesti korang cam pelik, dave dah cerita pasal cincin kat part 4th, tapi apsal nak cerita lagi. haaa.. ini macam la, cincin kali ni adalah cicin utk akad nikah nanti. dave kena beli cincin ni paling lewat bulan disember. sebab nak langsung bualn 1. so, dave kena beli. dave.draw.duck


6thly, berkenaan hadiah (ala2 bunga telur). sebenarnya dave tak tahu apa istilahnya, hadah yg pihak pengantin bagi kat tetamu time kenduri. tula bendanya nak cakap. dave tak nak la bagi bunga telur, tak best. dave dah pakat dengan family girlfriend dave nk bagi somethings special. hehehee.. kalau korang nak, datanglah kenduri dave nanti. dave.draw.duck

so, esok dave bangun pagi dah kena pikir semua tu walaupun esok kerja. hehe. dah nama kewajipan, tak boleh lari dah. hehehe. nanti korang nak kahwin, korang la pulak kena kerja kuat. hehe. chowww~

p/s: dave kena buktikan dave vs masa, dave menang. haha. pray for me please! thank you!

Sunday, July 18, 2010

bigger or smaller

1 persoalan yg bermain difikiran dave ketika menghadiri majlis perkahwinan senior dave pada tghri tadi 'bigger or smaller?'. majlis tersebut diadakan di dewan UTM, dan as i told last post yg dave akan jadikan dewan UTM sebagai back-up utk majlis perkahwinan dave nanti. dave.draw.duck

akhirnya, setelah beberapa minit memerhatikan keadaan sekeliling dewan dan dave dapati dewan UTM tidaklah sebesar dewan UIA. selain saiz, dave diberitahu oleh parent dave yg price dewan UTM adalah rm1600 tidak termasuk meja berbeza dengan harga dewan UIA dengan harga rm2500 termasuk meja. dave keliru! dave bercadang utk berbincang dengan family girlfren dave yg mana lebih baik. fuhhh! =( dave.draw.duck

tu je yg dave dapat post petang nih, sbb dave pun tak seberapa sehat selain dave perlu siapkan surat utk membuat sewa dewan utk UTM dan UIA secepat mungkin. dave.draw.duck

p/s: lagi cepat dave settle buat surat, lagi cepat dave relax! if hari ni dapat siapkan buat surat, esok monday dah boleh pergi hantar. hehe. =D